Awak !
Andai kata perasaan saya ni mampu saya ungkap !
Awak !
Andai hati saya ini mampu awak baca !
Awak !
Andai sakit saya ini mampu awak rasa !
Awak !
Andai penantian saya mampu awak tanggung !
Saya yakin yang awak akan faham saya !
tapi sayang semua tu hanya angan saya !
Awak,mulut saya kata nak move on ! tapi hakikatnya hati saya masih lagi sukar untuk lakukannya !
Awak,saya tahu awak mengharapkan orang lain ! tapi saya nak awak sedar walau sekali pun dalam hidup awak tolong,tolong,tolong ! tolong sedar kewujudan saya ! tolong sedar yang saya masih memasang harapan terhadap awak ! tolong sedar andai kata dah tiada sesiapa nak sayang awak selain parents awak ! saya masih berdiri disini ! dan menunggu awak !
Si Penyepi Tanpa Sebab
Tuesday, November 11, 2014
Wednesday, September 24, 2014
Impian Ku di masa hadapan...
Of course pertama sekali yang aku hendak ialah mestilah berumahtangga kan~ heh...
berumahtangga of course laa dengan org yang baik yg boleh jaga anak2 aku suatu hari nanti.
aku tidak mengimpikan seorang yang terlalu kuat agama,tetapi tahu hukum hakam agama.Apa itu dosa,apa itu pahala.dan yang penting boleh mengimamkan aku dan anak2 aku satu hari nanti.
Aku tahu aku bukan laaa seorang perempuan yang muslimah,tetapi aku akan cube untuk jadi seorang muslimah yang terbaik walau bukan untuk negara tapi cukup lah untuk ibu bapa aku,bakal suami aku ! dan paling penting untuk bakal anak2 aku suatu hari nanti....aku taknak anak2 aku jadi mcm aku yg lalai dengan permainan dunia walaupun ibu bapa aku bekalkan ajaran agama yang secukup cukupnya,aku nak anak2 aku dididik dengan tegas tentang hukum2 agama...aku nak dari kecil aku sendiri yang akan ajar mereka untuk membaca al-Quran dan tunaikan solat 5 waktu bersama2.
okay,actually aku ade lah admire satu nama ni iitu Fattah ! aku suke sangat,hehe~ kalau aku ade anak nanti kalau lelaki lah,aku akan letak nama dia Fattah.
Impian aku untuk mendapat twins bukan 2 tau ! tapi 3 ! hahahha....seronok sekali je mengandung terus keluar 3 ! okay kalau anak 3 mule2 aku plan nak letak Fattah,Fatteh & Fattrah....tapi aku tak jumpa maksud nama fattrah...so aku tukar jadi Fattah,Fajjar & Fallah....
Fattah bermaksud Penakluk,Fajjar pulak bermaksud Cahaya Putih dan Fallah bermaksud berjaya....
heeee~~ nampak tak jauh tau angan2 aku ! heh...tapi org kate baguskan dah ade perancangan awal....
Assalamualaikum wahai bakal suamiku......nampak tak nama bakal anak2 kita ?
Okay seriously kalau perempuan aku tak terfikir lagi nak letak apa...heh~ tapi mesti ade huruf 'F' dekat nama diorang sbb aku bawak huruf 'F' dlam adik beradik aku ! hehhhehe~
"Biar hidup sederhana asal agama tetap dalam genggaman"
Tuesday, September 23, 2014
Tolong perasan aku yang berdiri dekat sini memerlukan engkau !
Aku benci perasaan cemburu yang selalu wujud dalam diri aku !
Sakit dengan perasaan itu !
Bila boleh lenyapkan terus perasaan itu ?
Aiman !
Aku cemburu bila lau layan tweet org lain !
Budak dip,budak foundi yg baru masuk,budak degree senior....semua kau kenal ! Aku ? Bila kau nak perasan kewujudan aku ?
Susah ke nak nampak aku ! Susah ke nak kenal aku ?
Susah ke nak faham yg aku ni nak sangat berkawan dengan kau tapi aku malu ! Tolong laaa faham aiman !
tolong laaa~
Sakit dengan perasaan itu !
Bila boleh lenyapkan terus perasaan itu ?
Aiman !
Aku cemburu bila lau layan tweet org lain !
Budak dip,budak foundi yg baru masuk,budak degree senior....semua kau kenal ! Aku ? Bila kau nak perasan kewujudan aku ?
Susah ke nak nampak aku ! Susah ke nak kenal aku ?
Susah ke nak faham yg aku ni nak sangat berkawan dengan kau tapi aku malu ! Tolong laaa faham aiman !
tolong laaa~
Sunday, September 21, 2014
"MALU MENJADI TAKHTA AKU"
Seorang jejaka berjaya mencuri hati aku,
Seorang jejaka yang mempunyai ketampanan yang tak mampu aku ungkap dengan kata-kata,
Seorang jejaka yang sangat peramah,
Seorang jejaka yang pada luarannya seorang yang ceria,
Seorang jejaka yang pada dasarnya ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga,
Seorang jejaka yang selalu membuat hati aku gundah gulana kerana merinduinya,
Seorang jejaka yang selalu membuat aku tersenyum tika memikirkannya,
Ya,semuanya terjadi kerana seorang jejaka yang bernama Aiman !
Aku buntu,aku tak menemui jalan keluar dari masalah aku ini..
Aku masih meraba-raba dalam kegelapan mencari sebuah pintu yang mampu melepaskan aku dari satu perasaan yang menyeksa aku.
Perasaan yang menyeksakan aku ? itulah dipanggil sebagai "memendam perasaan"
Ya Allah, kuatkanlah hati seorang perempuan aku untuk terus teguh dan jangan lah engkau membiarkan aku terus lalai dengan permainan perasaan.
Andai sakitnya pendam itu ada ubatnya di farmasi sudah lama aku pergi membelinya,
Andai kata pengubat rindu itu bukan dirinya sudah lama hati ini tidak parah saperti sekarang ini,
Andai kata sayang itu mampu lenyap dengan mudah tanpa lalui satu frasa sakit sudah lama aku tidak terseksa sebegini,
Andai kata malu aku untuk berkawan dengannya tiada sudah lama seksaan itu berakhir.
Ya Allah,sakit Ya Rabb....
Sakit,hati aku tak kuat nak menanggung sakitnya melihat dia dari jauh.
aku tak mampu bercakap dengannya walau sekali pun.
aku tak mampu untuk berkawan dengannya.
aku bukan jenis yang boleh berkawan dengan orang yang aku suka.
malah aku tak mampu untuk senyum kepadanya.
aku malu,aku rasa aku langsung tidak layak untuknya !
aku bukan seorang perempuan yang sempurna,
yang punyai kecantikan,
yang punyai kepandaian,
yang punyai kesopanan,
yang punyai keberanian.
Aku hanya seorang perempuan yang biasa,yang terkadang ada atau tidakkah aku itu seolah-olah sama sahaja.
Ya Allah,walau sakit rasa memendam perasaan itu namun aku tahu semua ini datangnya dari-Mu.
Aku seharusnya bersyukur sebab kau kurnia kan aku satu perasaan yang indah,dimana ada rasa sakit,ada rasa pedih,ada rasa gembira.Ya ! aku bersyukur.
Aku tahu ajal,jodoh,pertemuan itu ditangan Allah.
tapi tanpa usaha mana nak datangkan jodohnya.
heee~ tapi aku masih aku yang pada dasarnya seorang perempuan yang langsung tiada keyakinan dalam diri.
Pernah sejenak aku berfikir,macam mana perempuan lain ada keyakinan yang tinggi dalam diri mereka ?
Aku tak tahu apa masalah aku,sampai sampai aku menjadi seorang yang pemalu.pemalu yang tak bersebab.kadang kadang untuk bercakap dengan seseorang pun aku terlalu malu,nak beli barang di kedai pun aku malu.Aku malu andai ada yang mengata kekurangan aku.Aku terlalu takut untuk berdiri di kalangan orang ramai,kerana aku takut orang akan mengatakan kekurangan aku.Aku seorang yang dilahirkan dengan banyak kekurangan,mungkin oleh sebab itu aku tak mampu menjadi seperti orang lain yang boleh mendabik dada dengan keupayaan mereka.
ARRGGHHH ! ingin aku meraung,ingin aku melepaskan perasaan ini !
aku penat menjadi seorang pemendam perasaan !
Andai aku boleh menjerit,
Andai aku boleh bercakap,
Sudah lama aku katakan pada kau wahai pemilik hati !
Subscribe to:
Posts (Atom)