Seorang jejaka berjaya mencuri hati aku,
Seorang jejaka yang mempunyai ketampanan yang tak mampu aku ungkap dengan kata-kata,
Seorang jejaka yang sangat peramah,
Seorang jejaka yang pada luarannya seorang yang ceria,
Seorang jejaka yang pada dasarnya ingin menjadi yang terbaik untuk keluarga,
Seorang jejaka yang selalu membuat hati aku gundah gulana kerana merinduinya,
Seorang jejaka yang selalu membuat aku tersenyum tika memikirkannya,
Ya,semuanya terjadi kerana seorang jejaka yang bernama Aiman !
Aku buntu,aku tak menemui jalan keluar dari masalah aku ini..
Aku masih meraba-raba dalam kegelapan mencari sebuah pintu yang mampu melepaskan aku dari satu perasaan yang menyeksa aku.
Perasaan yang menyeksakan aku ? itulah dipanggil sebagai "memendam perasaan"
Ya Allah, kuatkanlah hati seorang perempuan aku untuk terus teguh dan jangan lah engkau membiarkan aku terus lalai dengan permainan perasaan.
Andai sakitnya pendam itu ada ubatnya di farmasi sudah lama aku pergi membelinya,
Andai kata pengubat rindu itu bukan dirinya sudah lama hati ini tidak parah saperti sekarang ini,
Andai kata sayang itu mampu lenyap dengan mudah tanpa lalui satu frasa sakit sudah lama aku tidak terseksa sebegini,
Andai kata malu aku untuk berkawan dengannya tiada sudah lama seksaan itu berakhir.
Ya Allah,sakit Ya Rabb....
Sakit,hati aku tak kuat nak menanggung sakitnya melihat dia dari jauh.
aku tak mampu bercakap dengannya walau sekali pun.
aku tak mampu untuk berkawan dengannya.
aku bukan jenis yang boleh berkawan dengan orang yang aku suka.
malah aku tak mampu untuk senyum kepadanya.
aku malu,aku rasa aku langsung tidak layak untuknya !
aku bukan seorang perempuan yang sempurna,
yang punyai kecantikan,
yang punyai kepandaian,
yang punyai kesopanan,
yang punyai keberanian.
Aku hanya seorang perempuan yang biasa,yang terkadang ada atau tidakkah aku itu seolah-olah sama sahaja.
Ya Allah,walau sakit rasa memendam perasaan itu namun aku tahu semua ini datangnya dari-Mu.
Aku seharusnya bersyukur sebab kau kurnia kan aku satu perasaan yang indah,dimana ada rasa sakit,ada rasa pedih,ada rasa gembira.Ya ! aku bersyukur.
Aku tahu ajal,jodoh,pertemuan itu ditangan Allah.
tapi tanpa usaha mana nak datangkan jodohnya.
heee~ tapi aku masih aku yang pada dasarnya seorang perempuan yang langsung tiada keyakinan dalam diri.
Pernah sejenak aku berfikir,macam mana perempuan lain ada keyakinan yang tinggi dalam diri mereka ?
Aku tak tahu apa masalah aku,sampai sampai aku menjadi seorang yang pemalu.pemalu yang tak bersebab.kadang kadang untuk bercakap dengan seseorang pun aku terlalu malu,nak beli barang di kedai pun aku malu.Aku malu andai ada yang mengata kekurangan aku.Aku terlalu takut untuk berdiri di kalangan orang ramai,kerana aku takut orang akan mengatakan kekurangan aku.Aku seorang yang dilahirkan dengan banyak kekurangan,mungkin oleh sebab itu aku tak mampu menjadi seperti orang lain yang boleh mendabik dada dengan keupayaan mereka.
ARRGGHHH ! ingin aku meraung,ingin aku melepaskan perasaan ini !
aku penat menjadi seorang pemendam perasaan !
Andai aku boleh menjerit,
Andai aku boleh bercakap,
Sudah lama aku katakan pada kau wahai pemilik hati !
No comments:
Post a Comment